top of page
crude-oil-copy.jpg01-770x433.jpg

Apa Itu Crude Oil?

Cuba lihat berita dunia dan besar kemungkinan anda akan menjumpai berita mengenai harga minyak yang sedang naik ataupun turun. Bagi kebanyakan orang, kebiasaannya mereka mempunyai tanggapan bahawa terdapat satu pasaran global sahaja bagi sumber tenaga yang penting ini.

​

Realitinya, terdapat banyak jenis minyak mentah (crude oil) – minyak dalam bentuk semulajadi yang datang dalam pelbagai bentuk seperti cair seperti gasolin atau pekat seperti tar – dan sesetengah minyak mentah adalah lebih diingini daripada yang lain. Sebagai contoh, minyak yang mempunyai densiti serta kandungan sulfur yang rendah adalah lebih mudah untuk dijadikan gasolin dan diesel berbanding variasi yang tinggi densiti dan kandungan sulfur.

Untuk mengkelaskan minyak mentah, terdapat dua ukuran yang digunakan iaitu:

​

1) ‘API gravity’
2) Kandungan sulfur

​

‘API gravity’ akan melihat densiti minyak dan menentukan sama ada minyak mentah tersebut adalah ringan, sederhana, berat atau sangat berat jika dibandingkan dengan air. Jika ‘API gravity’ adalah lebih daripada 10, ini bermakna minyak tersebut adalah ringan dan akan terapung di atas air. Jika kurang daripada 10, minyak tersebut adalah berat dan akan tenggelam.

​

Nota: API bermaksud American Petroleum Institute

​

Bagi kandungan sulfur pula, minyak mentah yang mempunyai kandungan sulfur di bawah 0.5% dikategorikan sebagai ‘sweet’ manakala minyak mentah dengan kandungan sulfur melebihi 0.5% dikategorikan sebagai ‘sour’. Lebih rendah kandungan sulfur, lebih mudah dan murah minyak mentah tersebut untuk diproses menjadi pelbagai produk seperti gasolin.

​

Terdapat lebih kurang 161 jenis minyak mentah yang dijadikan sebagai kayu ukur (benchmark) dalam memberi harga kepada minyak. Antara minyak yang dijadikan benchmark ini adalah:

​

1) WTI (West Texas Intermediate)
2) Brent Crude
3) Dubai Crude
4) Minas
5) Tapis
6) Bonny Light
7) Isthmus-34 Light

​

Fakta menarik: Tapis adalah minyak mentah dari Malaysia yang terletak di Terengganu. Ia diberi jolokan sebagai ‘minyak paling mahal’ di dunia disebabkan kualitinya yang sangat tinggi. Kandungan API minyak Tapis ini adalah setinggi 45.2 dan kandungan sulfur serendah 0.0343% sahaja. Nombor yang menakjubkan ini menandakan minyak Tapis adalah sangat ringan dan sangat ‘sweet’. Hebat kan minyak dari negara kita?

​

Daripada kesemua jenis minyak mentah di atas, hanya tiga sahaja jenis minyak mentah yang dijadikan sebagai penanda aras utama terhadap kesemua jenis minyak iaitu:

8b9b99ab6378247c004829e7ff5a40ab.jpg

1) WTI (West Texas Intermediate)

WTI berkemungkinan adalah minyak penanda aras yang paling popular di antara semua jenis minyak. Ia adalah minyak mentah yang ringan dan ‘sweet’ dengan API gravity setinggi 39.6 serta kandungan sulfur sebanyak 0.24%.

WTI diekstrak dari ‘oil field’ di Amerika Syarikat. Lokasi utamanya adalah di Texas, Louisiana dan North Dakota dan kemudian dipindahkan menerusi paip minyak ke Cushing, Oklahoma untuk penghantaran.

Brent-crude.jpg

2) Brent

Hampir 2/3 kontrak minyak mentah diseluruh dunia menggunakan Brent Crude sebagai rujukan. Pada hari ini, “Brent” sebenarnya merujukan kepada minyak daripada empat tempat berbeza di North Sea: Brent, Forties, Oseberg dan Ekofisk.

Minyak mentah Brent mempunyai API setinggi 38.06 dan kandungan sulfur sebanyak 0.37%. Ia adalah ringan dan ‘sweet’, yang menjadikan ianya ideal untuk diproses menjadi minyak diesel dan gasolin.

Nota:


i) North Sea terletak di kawasan antara UK dan beberapa negara Eropah yang berdekatan.
ii) Brent Crude juga dikenali sebagai Brent Oil, Brent Blend dan London Brent.

WTI vs Brent

Walaupun seolah-olah mempunyai beberapa pilihan untuk memilih dari ketika mengepam gas di dalam kereta anda, adakah anda tahu bahawa sebenarnya terdapat lebih daripada 160 minyak mentah yang diniagakan di peringkat antarabangsa? Apa yang membuat setiap jenis berbeza, adalah ciri, kualiti dan harga. Dua daripada jenis minyak mentah yang paling biasa adalah WTI, atau West Texas Intermediate, dan Brent. Jadi adalah lebih baik daripada yang lain dari segi kualiti? Mana yang muncul sebagai pemenang dari segi harga? Baca terus untuk mengetahui.
 

Pertama, terdapat jenis minyak mentah WTI, yang juga dikenali sebagai Texas Light Sweet. Umumnya, WTI digunakan sebagai penanda aras dalam harga minyak. Di pasaran bursa saham, WTI memerintahkan harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan minyak mentah Brent, tetapi ada satu contoh ketika yang terakhir mengambil alih WTI, mungkin disebabkan oleh kekurangan sementara kapasiti penyulingan.
 

Dari segi kualiti, WTI dianggap sebagai minyak mentah ringan, yang mengandungi kira-kira 0. 24% sulfur. Oleh itu, ia mendapat penilaian 'minyak mentah' yang lebih baik jika dibandingkan dengan Brent. WTI disempurnakan di Midwest dan Teluk 370 kawasan pantai di Amerika Syarikat.
 

Sebaliknya, minyak mentah Brent dirujuk sebagai 'minyak mentah manis', kerana sifatnya yang semula jadi. Sumber dari Laut Utara, Brent digunakan untuk harga kira-kira dua pertiga daripada bekalan minyak mentah antarabangsa di dunia. Jenis minyak mentah ini digunakan untuk membuat petrol dan penyulingan tengah, yang kebanyakannya dihasilkan di bahagian barat laut Eropah.
 

Apabila anda membandingkan harga kedua-dua jenis minyak mentah ini, WTI pada umumnya lebih tinggi, walaupun kedua-dua nilai mereka dalam pasaran perdagangan boleh berubah-ubah, terutamanya apabila didagangkan setiap hari.

Ringkasan:
 

1. WTI adalah minyak mentah yang manis, manakala Brent adalah minyak mentah ringan yang manis.

2. WTI digunakan untuk memperbaiki bahagian petrol yang lebih besar, manakala Brent digunakan untuk membuat kedua-dua gasolin dan penyulingan tengah.

3. WTI umumnya mengarahkan harga yang lebih tinggi, sementara Brent mengarahkan harga yang lebih rendah dalam pasaran dagangan.

4. WTI mempunyai permintaan besar di Amerika Syarikat, sementara Brent lebih sesuai untuk pasaran Eropah Barat Laut.

CPNINFOGRAPHICS_CRNINSTRUMENTS_CRTIMAGE_

Minyak Mentah & Forex

Dalam forex, minyak mentah adalah adalah antara komiditi yang paling banyak didagangkan selain daripada emas.

Kebiasaannya, terdapat dua jenis minyak yang boleh kita dagangkan iaitu UK Oil (Brent) dan US Oil (WTI). Anda perlu maklum bahawa pilihan trading minyak mentah – sama ada mempunyai pilihan lain ataupun tiada langsung – adalah berbeza bagi setiap broker.

 

Kedua-dua minyak mentah ini mempunyai harga yang berbeza antara satu sama lain. Seperti yang anda dapat lihat, harga bagi Brent adalah lebih mahal berbanding harga bagi WTI. Perbezaan harga yang wujud antara Brent dan WTI adalah disebabkan faktor-faktor seperti:

​

1) Geopolitik
2) Kandungan dan komposisi minyak
3) Lokasi minyak diekstrak

​

Satu perkara yang anda perlu sentiasa pahatkan dalam fikiran adalah minyak mentah merupakan satu komoditi yang sangat sensitif kepada berita dunia. Jadi, pastikan anda mengikuti perkembangan ekonomi serta politik dunia berkaitan minyak jika anda trade oil secara kerap.

​

Rujukan:
1) Petroleum.co.uk
2) Investopedia
3) The Balance
4) Cannon Trading
5) Daily FX

  • Facebook
  • Instagram

© 2020 by Zedd Empire.

bottom of page