top of page

Pengenalan kepada Pasaran Forex

Pasaran Forex adalah penyelesaian inovatif dalam pelaburan moden. Sebagai pasaran gergasi yang sangat laris dengan pusing ganti harian sebanyak trilion dolar, pasaran Forex adalah sebuah utopia pelaburan yang menguntungkan.

Walaupun semuanya kedengaran sempurna dari segi teori, sesetengah pelabur gagal dan menjadi muflis dalam Pasaran Forex kerana mereka “memperjudikan” modal mereka.

Sebab mengapa ini terjadi adalah kerana mereka mempertaruhkan wang mereka tanpa pengetahuan dan pendidikan berdagang yang cukup. Mereka beranggapan bahawa mereka boleh bertaruh dalam usaha menuju kejayaan dengan mengklik beberapa butang. Jadi lebih banyak mereka bergantung kepada nasib baik, lebih banyak wang akan kehilangan.

Jika anda salah satu dari golongan ini, anda perlu berhenti sekarang juga, dan jangan membunuh diri dengan memasuki Pasaran Forex tanpa pengetahuan yang cukup.

Berehat seketika dan teruskan membaca artikel ini kerana ia akan membantu anda memahami dagangan Forex lebih baik dengan membekalkan anda dengan ilmu mendalam tentang Pasaran Forex dan segala yang berkaitan dengannya.

Apa itu Forex?

APA ITU FOREXX.jpg

Forex bermaksud Pertukaran Antarabangsa. Ia adalah pasaran kewangan terbesar yang menentukan harga dan kadar pertukaran untuk setiap mata wang di dunia. Dalam pasaran ini, pengguna membeli dan menjual mata wang sebagai aset, dengan cara menukarkannya dengan satu sama lain.

Pasaran Pertukaran Antarabangsa, tidak seperti pasaran kewangan lain, tidak mempunyai lokasi untuk semua transaksi kewangan. Ini adalah kerana pasaran Forex tidak ditakrif sebagai sebuah tempat atau banggunan. Sebaliknya, ia adalah aliran beberapa rangkaian yang terbina dari semua pesertanya, yang dinamakan pembekal kecairan seperti bank dan institusi kewangan, dan juga broker dan pedagang runcitan.


 

1521787804-a22a794c036c06431e632f9d5e2e2

Kebanyakan transaksi kewangan dari Pasaran Forex dilakukan menggunakan sistem pasaran atas kaunter (OTC), yang bermaksud pembeli dan penjual akan membuat transaksi secara terus dalam pasaran tanpa sebarang kawal selian dari pembekal pertukaran atau kecairan.
 

forex-market-networks-my.png

Tambahan pula, memandangkan pasaran Forex adalah sebuah sistem yang melibatkan beberapa pihak dari seluruh pelusuk negara, ianya adalah pasaran yang jarang tidur. Dari Amerika Syarikat dan Eropah ke Asia, anda boleh menjumpai mana-mana pasaran yang beroperasi pada tiap masa hari bekerja asalkan matahari masih di langit.

trading session jpg.jpg
Screenshot_13.png

Terdapat beberapa sesi trading yang mempengaruhi pergerakan matawang dalam 24 jam sehari.

Asia Open bermaksud sesi trading di Asia telah dibuka pada ketika tersebut, jadi pair-pair yang aktif adalah pair berhubung kait dengan matawang JPY, manakala Europe Open bermaksud sesi trading di Eropah telah dibuka dan pair yang aktif adalah pair berhubung kait dengan EUR.  Begitulah seterusnya mengikut sesi ‘market open’ masing-masing.

​

Tetapi jangan anggap pula pada ketika ini market bagi pair-pair yang sesi trading belum open tidak bergerak. Ia bergerak, tetapi kadang kala akan menjadi pasif, slow motion. Waktu aktif bermula pada pukul 2 petang hingga 12 malam adalah waktu harga hampir kesemua pair bergerak pantas kerana terdapat banyak pertindihan waktu.

Waktu kemuncak adalah pada pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam, anda boleh lihat hampir 3 sesi trading bagi Europe, London dan United States bertindih. Pada masa ini juga terdapat banyak news (berita forex) yang dikeluarkan menyebabkan market menjadi aktif.

Kini anda memahami lebih mendalam tentang Pasaran Forex, bolehkah anda bayangkan betapa besarnya pasaran ini dan jumlah potensi keuntungan yang boleh ditawarkan oleh rangkaian mega ini?

Pasaran Forex pada masa ini dikira sebagai pasaran kewangan terbesar di dunia, dengan pusing ganti harian lebih dari 5 trilion USD. Lebih-lebih lagi, dengan limpahan peserta yang menjadikan pasaran keduanya berkecairan dan bermudah-ubah tinggi. Inilah sebabnya mengapa anda perlu fahami sepenuhnya faktor dan situasi yang menggerakkan pasaran. Dengan cara ini, anda akan tahu cara untuk memformulasi strategi terbaik dan membuat keputusan terbaik dalam dagangan harian anda.

Apa Yang Menggerakkan Pasaran Forex?

Saban tahun, tidak terkira banyaknya pedagang baru yang angkat kaki dan berputus asa dalam ekspedisi mereka dalam pasaran Forex atas banyak sebab-sebab seperti, kekurangan dalam kemajuan, amaun modal yang tidak mencukupi, dan berhadapan dengan penipu.

Meskipun malangnya insiden ini, ia boleh dielakkan dengan mudah dengan menimba pemahaman asas bagaimana pasaran Forex bergerak dan apakah faktor yang menyumbang kepada hala-tujunya.

Realitinya, terlalu banyak situasi dan faktor yang mempengaruhi pergerakan pasaran Forex, namun anda boleh bermula dengan aspek-aspek berikut:

 

download.jpg
images.png

1. Permintaan dan PenawaranApabila berbicara tentang dagangan dan perniagaan, prinsip asas ekonomi, cth. permintaan dan penawaran memainkan peranan pangsi. Perbandingan dari penawaran dan permintaan akan sentiasa menentukan nilai sesebuah aset.Apabila permintaan adalah lebih besar daripada bekalan tersedia, nilai aset akan bertambah.
Sebaliknya, apabila bekalan tersedia melebihi permintaan dalam pasaran, nilai aset akan berkurang.

Mari andaikan, dalam situasi biasa, harga ubat tertentu sekitar 3 USD. Pun begitu, apabila tiba-tiba terdapat epidemik, ubat ini akan menjadi keperluan segera. Semua orang mahukannya, dan sesetengahnya akan membeli ubat ini secara pukal kerana bimbang akan kehabisan bekalan. Oleh itu, disebabkan permintaan ubat itu sangat tinggi, bilangannya dalam pasaran menjadi terhad, lalu menaikkan harga melebihi 6 USD.

Apabila epidemik berakhir, sesetengah orang mungkin masih memerlukan ubat ini, namun permintaan keseluruhan akan berkurang kerana mereka tidak lagi bersungguh untuk membelinya lagi. Namun begitu, kedai-kedai mungkin masih mempunyai banyak baki bekalan berikutan epidemik. Dalam situasi ini, harga ubat mungkin akan jatuh ke sekitar 2.8 USD.

Perkara yang sama berlaku dalam dagangan mata wang. Apabila permintaan untuk satu mata wang meningkat, harga untuk mata wang itu akan turut meningkat berikutan tanggapan nilainya. Namun jika penawaran mata wang adalah lebih tinggi daripada permintaan, harga mata wang akan jatuh.

2. Tanggapan Nilai

Ia mungkin lebih mudah untuk menghisab penawaran dan permintaan untuk aset lain. Namun dengan pasaran kewangan, anda tidak boleh menentukan bilangan mata wang tersedia di pasaran. Walaupun banyak aspek yang menetukan penawaran dan permintaan mata wang, tanggapan nilai mata wang adalah elemen yang paling kritikal.

Seperti yang anda tahu, dalam pasaran Forex mata wang disebut secara berpasangan. Ini bermakna nilai satu mata wang akan sentiasa ditentukan berdasarkan mata wang lain. Buat masa ini, mata wang USD adalah yang paling popular dan digunakan sebagai ukuran perbandingan kerana dominasinya dalam pasaran antarabangsa.

Harga mata wang berubah apabila nilai relatif pasaran mata wang tersebut berubah juga.
Sebagai contoh, dalam pasaran tertentu, nilai 10 epal adalah bersamaan dengan 1 pisang. Jadi jika anda membayar dengan satu pisang, anda akan mendapat 10 epal sebagai ganti.
Tidak semena-mena, Universiti John Hopkins menerbitkan penyelidikan perubatan yang menyatakan bahawa epal mengandungi elemen penting yang boleh menguatkan sistem imunisasi anda.
Hasilnya, semua orang akan berbicara tentang kebaikan epal, dan ingin membelinya lebih banyak.

Dalam situasi ini, kita boleh andaikan bahawa nilai tanggapan epal telah meningkat, jadi jika anda membayar dengan 1 pisang, anda tidak boleh lagi mendapat 10 epal. Mungkin anda hanya akan mendapat 5 atau 6 epal.
Perkara yang sama berlaku dengan pasangan mata wang. Jika nilai relatif mata wang tertentu adalah positif dalam pasaran, ia akan meningkatkan harga mata wang itu. Pada masa yang sama, jika nilai tanggapan adalah negative untuk mata wang, mengakibatkan harga mata wang jatuh.

3. Pengumuman dan Peristiwa Ekonomi

Jadi, bagaimana anda menentukan nilai tanggapan untuk pasangan mata wang tertentu? Dengan sering memerhatikan sebarang maklumat dan berita berkenaan mata wang tertentu.

Pengumuman dan berita ekonomi sesebuah negara, seperti Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK (GDP), kadar guna tenaga, jualan runcit, dan indeks harga pengguna akan menentukan harga mata wangnya.

Apabila ekonomi dalam keadaan baik, ia akan meningkatkan nilai tanggapan mata wangnya. Hasilnya, permintaan mata wang tersebut akan meningkat, dan harganya turut meningkat.

4. Dasar Bank Pusat dan Kadar Faedah

Selain daripada pengumuman dan peristiwa ekonomi, Bank Pusat juga memainkan peranan penting dalam menentukan pergerakan pasaran Forex. Bergantung kepada bagaimana peristiwa/pengumuman mempengaruhi ekonomi negara. Bank Pusat akan menyemak dan menukar dasar mereka bagi mencapai titiki keseimbangan.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan oleh Bank Pusat, dan ini boleh memberikan kesan berbeza kepada nilai mata wang. Meskipun, perkara utama selalunya berkaitan dengan menyelaras kadar faedah bergantung kepada situasi ekonomi negara itu, serta membuat campur tangan apabila harga mata wang naik/jatuh yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

5. Sentimen Pedagang

Sesetengah orang mungkin menganggapnya remeh, namun sentimen pedagang juga boleh mempengaruhi harga mata wang.

Mari andaikan sekumpulan pedagang menjual mata wang yang sama pada masa yang sama dalam amaun yang besar lalu menampakkan ketaraan dikalangan pedagang lain. Ini akan menghasilkan tindak balas rantai, menyebabkan lebih ramai pedagang menjual mata wang yang sama walaupun tiada apapun yang sebenarnya berlaku.



 

forex-sell-my.png

Situasi seperti ini hanya akan berlangsung dalam tempoh singkat kerana faktor-faktor yang dinyatakan diatas akan menimbal semula kesannya. Pun begitu, dalam masa yang pendek itu, harga mata wang akan jatuh, yang memberikan kesan kepada pedagang lain dan ekonomi negara.

  • Facebook
  • Instagram

© 2020 by Zedd Empire.

bottom of page